Tahniah kerana telah melengkapkan kit penyertaan anda!
Rebutlah peluang untuk menjadi antara 10 pemenang dan membawa pulang hadiah individu sebanyak RM 200 berserta hadiah menarik yang lain.
Sila pastikan kriteria pertandingan ini dipenuhi sebelum menghantar hasil anda.
Kriteria Pertandingan
Anda perlu menghasilkan doodle dengan mesej mempromosi elemen kelestarian di dalam kehidupan.
Anda perlu melukis doodle di atas tote beg (anda boleh menggunakan peralatan tambahan untuk doodle).
Hasil doodle anda akan dinilai dari sudut kreativiti, kekemasan, dan mesej kelestarian.
Anda perlu menghantar hasil doodle anda sebelum atau pada 15 November 2020 (sebelum pukul 6:00 petang)
Sila pastikan maklumat yang diisi sama dengan maklumat pendaftaran.
Anda perlu melampirkan bersama gambar seperti di bawah di dalam borang penyerahan (kiri: peserta bersama hasil doodle, kanan: pandangan atas hasil doodle). Sila pastikan gambar dalam kualiti yang baik untuk penilaian.
Contoh Gambar Serahan Penyertaan
Gambar 1
Gambar 2
(gambar hanya sebagai rujukan)
Serahan Penyertaan Pertandingan Mewarna
Tahniah kerana telah melengkapkan kit penyertaan anda!
Rebutlah peluang untuk menjadi antara 10 pemenang dan membawa pulang hadiah individu sebanyak RM 100 berserta hadiah menarik yang lain.
Sila pastikan kriteria pertandingan ini dipenuhi sebelum menghantar hasil anda.
Kriteria Pertandingan
Anda perlu mewarnakan beg tote yang diberi tanpa mengubah bentuk asal beg tote tersebut. Anda boleh menggunakan sebarang teknik untuk mencantikkan beg tote anda.
Hasil mewarna anda akan dinilai dari sudut kreativiti dan kekemasan.
Anda perlu menghantar hasil mewarna anda sebelum atau pada 15 November 2020, Ahad (sebelum pukul 6:00 petang).
Sila pastikan maklumat yang diisi sama dengan maklumat pendaftaran.
Anda perlu melampirkan bersama dua gambar seperti di bawah di dalam borang penyerahan (kiri: peserta bersama hasil mewarna, kanan: pandangan atas hasil mewarna). Sila pastikan gambar dalam kualiti yang baik untuk penilaian.