Bulan Ramadhan bulan mulia,
Disambut dengan penuh gembira,
Kini Syawal menjelma tiba,
Tangan ku hulur maaf dipinta
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin buat semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia yang menyambutnya!
Kami dari EcoKnights ingin mengirim salam Syawal Aidilfitri kepada seluruh umat Muslimin dan Muslimat. Tahun ini perayaan Aidilfitri adalah sedikit berbeza dari tahun sebelumnya – ianya disambut di rumah masing-masing oleh kerana situasi PKPB demi menyekat penyebaran pandemik Covid-19 di Malaysia. Walaupun begitu, dekat jauh kita tetap boleh bersama.
Setelah genap sebulan umat islam menyambut kedatangan bulan Ramadhan akhirnya, kita akan mengucapkan selamat tinggal kepada bulan suci ini dan mengharapkan akan bertemu lagi dengannya pada tahun hadapan.
Selain memohon kemaafan di pagi raya dan menziarahi sanak saudara, Hari Raya Aidilfitri bagaikan tidak lengkap tanpa 8 hidangan kegemaran ramai. Terdapat pelbagai makanan istimewa yang khusus untuk menyambut Hari Raya. Mana satu kegemaran anda?
1. Ketupat
2. Kuah Lodeh
3. Rendang
4. Lemang
5. Kuih Tart Nanas
6. Dodol
7. Sate
8. Serunding
Kesemua juadah Hari Raya ini semestinya amat menyelerakan terutamanya selepas sebulan berpuasa tetapi jangan lupa hanya makan setakat yang mampu dan bukan berlebihan, kurangkan pembaziran makanan pada raya tahun ini!
Sekali lagi, Salam Aidilfitri, #stayathome dan #staysafe
Share this content
Chat on WhatsApp or send us an email to info@EcoKnights.org.my
Powered by WhatsApp Chat