SHAH ALAM, 14 OGOS: Kerajaan Negeri mengalu-alukan inisiatif mengumpul kasut terpakai atau rosak untuk dikitar semula yang disifatkan lebih lestari berbanding dibuang ke tapak pelupusan sampah.
EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata usaha dilaksanakan sekumpulan kejiranan Lake Edge Residence Puchong mengumpul lebih 100 pasang kasut wajar dan berpatutan demi masa depan generasi akan datang.
“Kasut yang masih elok akan dibaiki dan diberi kepada golongan memerlukan manakala yang rosak dikitar semula serta dijadikan bahan di taman permainan kanak-kanak atau gelanggang sukan,” katanya ketika dihubungi.
Sze Han berkata beliau percaya ramai individu mahu melupuskan kasut lama mereka tetapi tidak tahu di mana ia perlu dibuang.
“Mereka tidak mahu buang dalam longgokan sampah domestik, ini menunjukkan masyarakat kita sedar langkah tersebut tidak betul dan lestari.
“Justeru, dengan kesedaran tersebut saya percaya ramai mencari kaedah betul untuk menghantar kasut mereka kepada pihak boleh melupuskan. Saya berharap usaha ini diteruskan di kawasan lain juga,” katanya.
Terdahulu, Sze Han merasmikan program ‘Old Soles New Life, Repurposes Your Old Shoes’ semalam di Lake Edge Residence Puchong yang turut dihadiri Ahli Dewan Negeri Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze.
— SelangorKini
Share this content
Chat on WhatsApp or send us an email to info@EcoKnights.org.my
Powered by WhatsApp Chat