Hari Alam Sekitar Negara (HASN) merupakan satu penjenamaan semula dan inisiatif penambahbaikan yang telah dibuat oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar daripada penganjuran Minggu Alam Sekitar Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini. Sambutan HASN pada hari yang istimewa ini bertujuan untuk mengajak seluruh masyarakat agar sama-sama meraikan semangat kecintaan kepada alam sekitar. Selain itu, sambutan pada hari yang spesifik berbanding sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia selama satu minggu sebelum ini adalah lebih mencerminkan kepentingan untuk menjaga alam sekitar setiap masa sepanjang tahun.
Mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas.
Menyediakan `platform’ kepada warga Malaysia untuk bersama-sama menghayati alam sekitar.
Mengiktiraf kepada mereka yang telah memberi sumbangan dan jasa kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Memupuk kesedaran di kalangan masyarakat khususnya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Pada tahun ini, EcoKnights bersama Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur akan mengadakan sambutan HASN peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara digital. Empat aktiviti utama yang akan diadakan adalah pertandingan mewarna; kategori terbuka kepada kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun, pertandingan seni doodle; kategori terbuka kepada belia berumur 18 hingga 28 tahun, pertandingan Video Viral; terbuka kepada semua, dan bengkel kokedama (50 peserta pertama akan mendapat kit membuat asas kokedama). Sertai sekarang dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai sejumlah melebihi RM 3,000 berserta sijil dan langganan KLEFFlix selama sebulan dengan melayari pautan di bawah.
kategori terbuka kepada pelajar sekolah rendah berusia 7 hingga 12 tahun
kategori terbuka kepada belia berumur 18 hingga 28 tahun
Chat on WhatsApp or send us an email to info@EcoKnights.org.my
Powered by WhatsApp Chat