[UNTUK PENERBITAN SEGERA]
Kit Media: http://bit.ly/AH2020_AwardCeremony_MediaKit
Kuala Lumpur, 28 Ogos – EcoKnights secara rasminya telah melabuhkan tirai Anugerah Hijau yang ke-12. Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Hijau ini telah dijalankan bersama kolaborasi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah projek River of Life (ROL) serta Klang Learning Engagement and Action for River (KLEAR).
Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Hijau telah diadakan di The Lot KL Event Space, yang telah dihadiri oleh tetamu kehormat Tuan Haji Md. Khairi Bin Selamat (Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia), Puan Norazma Zainuddin (Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL), Emirul Redzuan (Pegawai Rehabilitation, Restoration & Conservation EcoKnights), Cik Siti Hajar Madina bt Mohd Zin (Pegawai Perancang Bandar dan Desa unit Local Agenda 21, DBKL), Fong Chuen Far (Penyelaras Program River of Life – Fasa 3A) serta wakil-wakil dari sekolah yang telah menghantar penyertaan.
Dilancarkan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2020 bersama tema ‘Masa untuk Alam’, pada tahun ini, 125 penyertaan kreatif telah diterima dari 30 buah sekolah sekitar Lembah Klang. 20 pemenang dari kesemua kategori yang dipertandingkan telah hadir ke majlis ini. Pemenang-pemenang merupakan peserta terbaik dari 76 finalis yang telah disenarai pendek.
“Anugerah Hijau bukan sahaja merupakan sebuah pertandingan peringkat sekolah. Ia merupakan sebuah platform yang memberi ruang dan peluang kepada generasi anak muda untuk menzahirkan kreativiti mereka di samping menerapkan gaya hidup harian yang lestari,” kata-kata aluan Emirul Redzuan yang mewakili Pengarah Program EcoKnights, Fadly Bakhtiar, yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut.
Tema pada tahun ini ialah: ‘Generasi Kreatif untuk Sungai Klang’. Kategori Sisa Ke Seni adalah satu kategori untuk peserta dari sekolah rendah, di mana mereka perlu menghasilkan seni 3D dari bahan terbuang dan kitar semula, manakala peserta sekolah menengah perlu menulis sajak dan menghasilkan video pendek deklamasi sajak di bawah kategori Ajak Bersajak.
Tuan Haji Md. Khairi Bin Selamat menekankan kepentingan kesihatan sungai dan ekosistem dalam ucapannya. Beliau berkata, “Ianya menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan penjagaan sungai di kawasan bandar menjadi lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang…Pertandingan [Anugerah Hijau] ini merupakan satu titik permulaan yang penting dalam kesinambungan tindakan terhadap penjagaan alam sekitar.”
Melalui bakat-bakat yang digilap melalui pertandingan ini, Anugerah Hijau telah menjadi satu saluran yang konsisten untuk pelajar-pelajar bergiat seni bertemakan alam sekitar dan menyampaikan mesej-mesej murni dan kesedaran. Berikut adalah senarai pemenang-pemenang mengikut sub kategori:
Sekolah Rendah – Kategori Sisa ke Seni
Sub kategori Little Lion Eco Champ (Tahun 1-3)
Sub kategori Big Bear Eco Champ (Tahun 4-6)
Sekolah Menengah – Kategori Ajak Bersajak
Sub kategori Young Minds (Tingkatan 1-3)
Sub kategori Eco Friends (Tingkatan 4-5)
– Tamat –
MENGENAI ECOKNIGHTS®
EcoKnights® merupakan sebuah organisasi alam sekitar bukan kerajaan yang menyedia dan menyampaikan perkembangan dan campur tangan dalam hal ehwal berkaitan alam sekitar untuk komuniti, agensi kerajaan, insititusi pengajian, dan syarikat untuk mengumpulkan dan mendorong pihak berkepentingan ke arah kelestarian dalam pelbagai bidang untuk membina perhubungan dalam mencapai komuniti lestari dan syarikat melalui lima cabang utama.
Cabang-cabang tersebut ialah Public Outreach, Community Development & Education (CDE), Rehabilitation, Restoration and Conservation (RRC) serta Youth Development & Volunteerism (YDV), disokong oleh Sustainability Communications. Setiap cabang membantu untuk menguatkan lagi legasi EcoKnights dan mengukuhkan Knights untuk memberikan idea, mencipta, menjalankan dan menganjurkan projek yang bermakna untuk kelestarian jangka masa panjang dan memberikan kesan ekonomi kepada negara. Maklumat lanjut bloleh didapati di laman web ecoknights.org.my.
___________________________________________________________________________
Untuk pertanyaan berkaitan media, sila hubungi :
Fara Amina Othman,
Digital Content Officer of EcoKnights,
fara@ecoknights.org.my / 011 – 23210492
Share this content
Chat on WhatsApp or send us an email to info@EcoKnights.org.my
Powered by WhatsApp Chat