EcoKnights Mencari Sekolah Yang Paling Hijau Di Malaysia Melalui Pertandingan Anugerah Hijau

ah2016April 1, 2016, Kuala LumpurAnugerah Hijau merupakan pertandingan peringkat sekolah menengah yang diadakan untuk kali ke-8. Anugerah ini merupakan anjuran badan bukan kerajaan, EcoKnights, dan telah berlangsung pada setiap tahun sejak 2008.

Penyertaan hanya terbuka kepada sekolah menengah di seluruh Malaysia. Sepanjang tempoh penyertaan itu, EcoKnights akan menganjurkan beberapa siri jelajah (roadshow) di lapan negeri untuk mendidik tentang kesedaran alam sekitar di kalangan murid-murid sekolah.

Tahun ini, hasil kerjasama bersama iM4U.fm, serta disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, setiap sekolah hendaklah menggunakan tiga aspek utama mesra alam iaitu kitar semula, pertanian bandar (pertanian sekolah, urban farming), dan penjimatan atau kecekapan tenaga dalam projek ini.

Setiap sekolah yang berminat hanya perlu menghantar satu kertas kerja tentang projek yang mengandungi ketiga-tiga aspek tersebut. 20 finalis yang dipilih akan mewakili sekolah dan berpeluang untuk menyertai bengkel yang dianjurkan oleh EcoKnights dimana peserta akan dibimbing oleh tenaga pengajar professional untuk mengajar bagaimana hendak memulakan projek mereka. Kemudian, kesemua finalis ini akan diberi masa selama 3 bulan untuk menjayakan projek ‘menghijaukan’ sekolah mereka.

Sebarang pertanyaan dan permohonan untuk terpilih menjadi lokasi jelajah, silalah layari laman web rasmi Anugerah Hijau di www.anugerahhijau.my.

Mengenai Anugerah Hijau.

Anugerah Hijau merupakan pertandingan tahunan yang diadakan diseluruh Malaysia anjuran EcoKnights dengan kerjasama antara beberapa pihak dan penaja. Objektif utama pertandingan ini bertujuan untuk mencabar golongan muda berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menangani masalah alam sekitar seperti pencemaran, penggunaan tanah, pengurusan sisa, kemusnahan hutan, dan kesihatan manusia.

Bagaimana Anugerah Hijau mampu membantu menangani perubahan iklim dan menjadikan dunia yang lebih baik.

Anugerah Hijau: Idea Sekolah Hijau lahir daripada konsep kesinambungan. Bagaimana peserta mampu memberi impak yang mendalam, dan apakah platform yang sesuai untuk mereka merealisasikan idea dan berusaha menjadikan ia suatu realiti?

Oleh itu, EcoKnights menggalakkan sekolah-sekolah untuk berusaha menjadi lebih mesra alam. Melalui penambahbaikan infrastruktur mekanikal, mereka mampu menjimatkan tenaga secara beransur-ansur. Amalan berkebun di sekitar sekolah yang berkonsepkan permakultur mampu menjadikan persekitaran sekolah lebih hijau. Selain itu, amalan kitar semula barang-barang terpakai dapat diproses menjadi barang yang boleh digunakan semula. Semua aktiviti ini mampu mengurangkan pengeluaran karbon di setiap sekolah melalui penjimatan tenaga serta dapat mendidik golongan belia tentang kesedaran alam sekitar.

 

Hubungi

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi:

Fadly Bakhtiar

41, Lorong Burhanuddin Helmi 11,

Taman Tun Dr. Ismail,

60000 KL.

fadly@ecoknights.org.my
Follow Us

Subscribe Newsletter

Get our periodic news in your inbox!

captcha  

Exclusive EcoKnights official merchandise powered by 3ciety.com