Diskusi ‘Forum Kepimpinan Korporat’ Berlangsung 21 April 2016

IPOH: Satu forum kepimpinan korporat bertajuk ‘Sustainability: Going beyond Just Ideas’ akan diadakan pada 21 April ini bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang.

Forum yang dianjurkan oleh pertubuhan alam sekitar, Ecoknights dengan kerjasama Kumpulan Sunway, Institut Darul Ridzuan (IDR) dan CIMB dijangkakan akan berlangsung di Sunway Tambun, Ipoh.

PERAKTODAY3

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, kerajaan negeri amat berterima kasih kepada Ecoknight kerana memilih kerajaan negeri Perak sebagai rakan kongsi dalam penganjuran forum tersebut kali ini.

“Forum ini membincangkan tentang pembangunan mampan, sesuatu yang bukan baru tetapi sesuatu yang perlu dibincangkan secara serius terutama sekali di Ipoh kerana ia merupakan sebuah bandaraya yang semakin rancak membangun dalam pelbagai industri.

“Kita harap ia dapat menarik lebih ramai pihak bukan sahaja swasta tetapi juga komuniti untuk sama-sama dalam merealisasikan hasrat kita untuk promosikan kemampanan dalam apa sahaja projek yang dijalankan pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif IDR Dr Mazalan Kamis dan Pengerusi Ecoknights, Yasmin Rasyid dan Pengerusi Lembaga Pengarah Tourism Perak Management Berhad, Mohamad Kamil Shafie.

PERAKTODAY4

Jelas Nolee lagi, program berkenaan dilihat dapat menyediakan platform kepada pelbagai pihak yang dalam bidang perniagaan.

“Kalau kita lihat senarai ini, mereka merupakan pakar dalam bidang masing-masing yang kita lihat daripada kalangan ketua.

“Diharapkan dengan adanya forum sebegini dapat meluaskan pandangan para peserta yang terlibat dengan kemampanan dalam bidang mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Yasmin berkata, peserta yang terlibat pada forum kali ini terdiri daripada mereka yang berlainan latar belakang.

PERAKTODAY

“Peserta yang terlibat pada kali ini ramai dari Perak yang terdiri daripada akademia, industri minyak dan gas, pelancongan, Navy dan juga Pertubuhan Komuniti Taiping,” katanya.

Ujarnya lagi, melihat kepada latarbelakang tersebut, ia memperlihatkan bahawa program tersebut berjaya untuk menarik peserta daripada pelbagai bidang.

Beliau berharap agar peserta yang terlibat mengambil peluang untuk mendapatkan lebih banyak pengetahuan berhubung kemampanan dan sekaligus dapat digunakan dalam bidang mereka.

Forum Kepimpinan Korporat tersebut dapat memberi peserta idea-idea, penyelesaian serta peluang baru untuk memupuk dan mengembangkan bidang mereka dengan lebih mampan.

Ia secara tidak langsung dapat menghasilkan satu dialog yang bersifat intelektual dan mampu merangsang peserta kearah perkongsian melalui amalan kemampanan dalam operasi perniagaan serta strategi mereka.

Forum itu juga akan melibatkan tujuh orang ahli panel daripada pelbagai bidang yang akan berkongsi tentang strategi menguruskan perniagaan dalam kontek kemampanan.

Dijangkakan seramai 60 orang peserta akan menyertai program berkenaan.

Source: http://peraktoday.com.my/2016/04/diskusi-forum-kepimpinan-korporat-berlangsung-21-april-2016/

Follow Us

Subscribe Newsletter

Get our periodic news in your inbox!

captcha  

Exclusive EcoKnights official merchandise powered by 3ciety.com