Keliling taman sejauh 3km

taman1.jpg.transformedSEBAHAGIAN daripada peserta yang mulakan aktiviti dengan senaman pemanas badan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56707#sthash.4uQrX6tK.dpuf

 

Kecil, besar, tua dan muda. Semuanya tampil segar dan ceria meskipun perlu bangun awal pagi saat yang lain lena diulit mimpi pada hujung minggu.

Atas kesedaran pada kesan buruk yang melanda bumi ketika ini, lebih 500 individu menjayakan kempen Aveda Walk for Water 2015 yang objektif utamanya menerapkan aktiviti sihat dalam kalangan masyarakat dan pada masa sama memberi maklumat serta menyampai kesedaran me–ngenai pentingnya menjaga kebersihan air.

Sejak 2013, aktiviti jalan kaki ini memberi peluang kepada masyarakat menjalani hidup sihat sambil menderma ke arah kelestarian bumi.

Bertempat di Central Park, One Utama, aktiviti berjalan kaki ini bermula jam 7.30 pagi dan perlu mengelilingi kawasan taman sejauh tiga kilometer (km) bagi melengkapkan acara.

Simboliknya, jarak laluan itu adalah jarak yang sama ditempuhi golongan pedalaman di negara membangun yang berjalan jauh untuk mendapatkan bekalan air bersih bagi keperluan harian mereka.

Acara ini turut bertindak sebagai platform kutipan dana RM20,000 untuk menyokong projek air bersih di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor.

“Projek ini sudah berjalan sejak beberapa tahun lalu dan kali ini kami berjaya meningkatkan jumlah dana bagi meneruskan projek terbabit.

“Dengan kerjasama Aveda, usaha ini diharapkan dapat membantu menyalurkan air bersih kepada penduduk di pulau itu.

“Pada masa sama juga aktiviti Walk for Water ini menjadi ruang untuk syarikat korporat lain terbabit membantu kami menjalankan aktiviti hijau di kawasan lain seluruh Malaysia,” kata Presiden EcoKnights merangkap pe­nganjur bersama Aveda Walk for Water 2015 ini, Yasmin Rasyid.

Isu air bersih yang selamat diminum serta digunakan masih menjadi antara masalah utama penduduk di kawasan pedalaman. Penduduk di Pulau Mantanani, Sabah, misalnya, masih bergantung kepada punca air dari tanah.

Amalan ini sebenarnya tidak mapan dan dengan kurangnya sokongan daripada pihak berkuasa berkaitan, kualiti air minum dan membasuh mereka amat diragui.

Majoriti penduduk kampung berpendapatan kurang RM500 sebulan dan aktiviti ekonomi utama mereka berkisar dalam sektor perikanan.

Disebabkan sumber air yang tidak bersih, mereka membelanjakan sebahagian besar pendapatan untuk membeli air botol dari tanah besar menerusi Kota Belud.

Justeru, sumbangan yang diterima menerusi Aveda Walk for Water ini berupaya membantu penduduk kampung menerima bekalan air bersih menerusi teknik melestarikan sumber air yang diajar pihak Aveda, Eco–knights dan Blue Life.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini dan menghulurkan derma secara dalam talian, boleh layari http://aveda.ecoknights.org.my

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56707

Follow Us

Subscribe Newsletter

Get our periodic news in your inbox!

captcha  

Exclusive EcoKnights official merchandise powered by 3ciety.com