Duta AS kayuh basikal dari Putrajaya ke Singapura

11Joseph Y Yun cropped.transformed.transformedDUTA Amerika Syarikat di Malaysia, Joseph Y Yun.

KUALA LUMPUR: Atas nama kesedaran alam sekitar, duta Amerika Syarikat di Malaysia Joseph Y Yun akan berkayuh dari Putrajaya ke Singapura sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun ini.

Menurut kenyataan kedutaan itu, Yun akan mengetuai sekumpulan 15 kakitangan kedutaan dan ahli keluarga mereka dalam perjalanan lima hari yang bermula di Putrajaya pada Ahad ini dan dijangka tiba di Singapura, Jumaat depan.

"Mereka merancang berhenti di Melaka, Pontian, Johor Baharu dan beberapa bandar dan pekan sepanjang laluan dan bertemu antara lain pertubuhan bukan kerajaan, pihak universiti dan media bagi mempromosi kesedaran alam sekitar dan merasai pengalaman budaya tempatan.

"Semasa dalam perjalanan Yun akan menyertai beberapa acara oleh rakan-rakan tempatan termasuklah Specialized, Sunway, Eco Knights, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Nanyang Technological University (NTU Singapore), dan Lincoln Corners," menurut kenyataan itu.

Hari Alam Sekitar Sedunia yang jatuh pada 5 Jun adalah penggerak utama Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dalam merangsang kesedaran dan tindakan global untuk alam sekitar yang kini berkembang dan meluas di peringkat global dan disambut di lebih 100 negara.

Bagi yang berminat mengikuti misi kayuhan tersebut melalui online, mereka boleh melawat laman facebook kedutaan Amerika di https://www.facebook.com/usembassykl.

Source : http://www.bharian.com.my/node/57962

Follow Us

Subscribe Newsletter

Get our periodic news in your inbox!

captcha  

Exclusive EcoKnights official merchandise powered by 3ciety.com