Menghulur tangan...

PERSEMBAHAN dalam Bahasa Inggeris oleh kanak-kanak Orang Seletar antara aktiviti menarik pada program ini.PERSEMBAHAN dalam Bahasa Inggeris oleh kanak-kanak Orang Seletar antara aktiviti menarik pada program ini.

Huluran bantuan terutama bagi yang memerlukan sememangnya dapat mencetuskan kegembiraan dan kelegaan pada si penerima.

Kata orang, tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima.

Dan jika yang menerima meneruskan pula amalan pemberian terbabit, usaha murni itu pastinya berterusan hingga ke generasi berikutnya.

Seperti apa yang dilakukan oleh organisasi bukan kerajaan (NGO) berteraskan alam sekitar, EcoKnights ketika ini, sumbangan dana, kepakaran dan sukarelawan daripada Marina & Heavy Engineering Holdings Berhad (MHB) disalurkan sepenuhnya bagi menjayakan misi MHB Prihatin membabitkan masyarakat Orang Seletar di Johor.

Masyarakat Orang Seletar adalah kumpulan majoriti Orang Asli yang menetap di kawasan pantai Johor khususnya di Kampung Pasir Putih dan Kampung Teluk Kabong, terletak dalam daerah Pasir Gudang.

Justeru menerusi program ini, MHB dan EcoKnights berusaha mengkaji serta menerokai lebih lanjut kepayahan yang dihadapi masyarakat Seletar di kampung terbabit dengan tujuan membantu menangani masalah yang mereka dihadapi.

Jelas Pengarah Program EcoKnights, Fadly Bakhtiar, misi MHB Prihatin yang memberi tumpuan kepada bantuan pendidikan, kesihatan, keselamatan dan alam sekitar masyarakat Orang Seletar sebenarnya sudah bermula sejak 2013 lagi.

“Ia kerjasama yang berlangsung selama tiga tahun membabitkan tiga fasa utama. Fasa pertama pada 2013 lebih kepada aspek pemulihan dan bantuan serta-merta, di mana kami memberi perhatian kepada pembersihan pantai, pembaikan jeti serta rumah, di samping sumbangan barangan keperluan asas seperti makanan.

“Secara asasnya kebanyakan aktiviti dalam fasa pertama ini ialah kebersihan kawasan persekitaran komuniti dan meraih kepercayaan penduduk di kampung itu.

“Untuk fasa kedua yang berlangsung tahun lalu, ia lebih kepada mengeratkan lagi hubungan sukarelawan dengan penduduk kampung dan dalam masa sama fokus kepada aspek asas nutrisi serta pendidikan pendidikan bagi kanak-kanak juga dewasa.

“Pelbagai aktiviti dilakukan di kampung terbabit setiap dua minggu dan kami membantu merekrut sukarelawan baru dalam kalangan kakitangan MHB agar dapat dikembangkan lagi usaha bantuan ini,” katanya.

Usaha yang turut mendapat sokongan Pejabat Daerah Johor Bahru dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) itu menyaksikan lebih 70 kanak-kanak serta dewasa didedahkan dengan ilmu pengetahuan menerusi kelas membaca, mengira, Bahasa Inggeris, memasak kek dan sebagainya.

Sepanjang tempoh itu, sukarelawan MHB menjalankan 20 aktiviti komuniti untuk Orang Asal Seletar ini termasuk memberi ceramah motivasi dan meningkatkan kesedaran mengenai gaya hidup yang lebih sihat.

Menurut Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MHB, Dominique de Soras, program MHB Prihatin ini bukan semata-mata aktiviti melengkapkan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat tetapi bertindak sebagai penerapan modal insan dalam kalangan kakitangannya dan komuniti di kawasan sekitar.

“Sebagai fabrikator dan peneraju minyak serta gas terbesar di Malaysia, selain pelabur di rantau Selatan, ia menjadi tanggungjawab kami untuk membantu komuniti berhampiran agar mereka hidup dalam persekitaran selamat.

“Kami yakin MHB Prihatin ini akan memberi inisiatif nilai tambah kepada yang terbabit lalu memberi impak positif kepada komuniti Orang Asli di Johor,” ujarnya.

Sementara itu, kem kelestarian - dikenali ‘MHB Knights of Nature’ - turut dianjurkan pada 10 dan 11 Disember lalu sebagai kesinambungan kepada program MHB Prihatin ini.

Kem yang diadakan serentak pada karnival Hari Terbuka Orang Seletar ini dibuka untuk golongan remaja yang menetap atau belajar di Johor.

Kem ini bertujuan memberi pendidikan dan menggalakkan remaja menyertai aktiviti sukarelawan serta terbabit secara aktif dalam penjagaan masyarakat menerusi projek pembangunan kebajikan.

Kem kelestarian ini juga bertujuan memberi pendedahan kepada peserta remaja berfikir di luar kotak dalam menjalankan tanggungjawabnya menjaga persekitaran di samping membangunkan kemahiran hidup seperti memimpin kumpulan, menguruskan masa dan menyelesaikan masalah harian.

PESERTA kem kelestarian membentangkan idea cara pemuliharaan alam sekitar kepada pengunjung Hari Terbuka Orang Seletar 2014.PESERTA kem kelestarian membentangkan idea cara pemuliharaan alam sekitar kepada pengunjung Hari Terbuka Orang Seletar 2014.

SEBAHAGIAN sukarelawan dan peserta kem terbabit dengan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan pantai.SEBAHAGIAN sukarelawan dan peserta kem terbabit dengan aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan pantai.

EMERIKSAAN kesihatan turut disediakan dalam program MHB Prihatin.PEMERIKSAAN kesihatan turut disediakan dalam program MHB Prihatin.

KELAS memasak adalah antara aktiviti interaktif untuk kanak-kanak.KELAS memasak adalah antara aktiviti interaktif untuk kanak-kanak.

Source/Credit: myMetro - Selasa, 17 Mac 2015 @ 5:03 AM

Follow Us

Subscribe Newsletter

Get our periodic news in your inbox!

captcha  

Exclusive EcoKnights official merchandise powered by 3ciety.com