Sage bantu lestarikan PKS

sageimageSage UBS dan Sage 50 hasil perkongsian idea dengan EcoKnights.

SAGE Software Sdn Bhd (Sage) pembekal terkemuka bagi perisian pengurusan perniagaan bergabung dengan EcoKnights, organisasi alam sekitar bukan berasaskan keuntungan untuk bantu melestarikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Dalam satu kenyataan, Sage berkata, dengan tumpuan utama dalam menyediakan perisian automasi perniagaan kepada pelanggan, ia akan memanfaatkan kepakaran EcoKnights dalam kehidupan lestari.

"Melalui perkongsian jangka panjang, Sage berharap untuk menangani kelestarian operasi perniagaan dari perspektif berbeza dan untuk menyebarkan mesej bermula dengan asas pelanggan yang besar," katanya.

Pengarah Urusan Sage, Michael Cho berkata, kerjasama dengan EcoKnights adalah bagi membantu mempromosikan kelestarian di kalangan PKS.

"Kelestarian bukan semudah kitar semula dan mengurangkan pembuangan, tetapi bagaimana ia mampu mengoptimumkan proses perniagaan menerusi automasi dalam meningkatkan kecekapan, profesionalisme dan mengurangkan kos.

"Kami percaya PKS mampu menerima dan mengamalkan kelestarian dengan bantuan pakar seperti EcoKnights," katanya.

Baru-baru ini, Sage menerima pakai perubahan dalam pembungkusan dan produk yang lahir menerusi idea perkongsian EcoKnights iaitu Sage UBS dan Sage 50, yang telah membuat suis dari cakera padat (CD) untuk kad USB kad boleh guna semula,
sejajar dengan langkah Sage ke arah mengurangkan barangan tidak boleh diguna semula seperti CD.

Selain kerjasama ini, semua jualan perisian kad USB yang boleh diguna semula akan disumbangkan kepada EcoKnights bagi projek kelestarian pada masa akan datang.

 

Wartawan Sinar Harian
December 21, 2014

Source - http://www.sinarharian.com.my/mobile/bisnes/sage-bantu-lestarikan-pks-1.343500

Follow Us

Subscribe Newsletter

Get our periodic news in your inbox!

captcha  

Exclusive EcoKnights official merchandise powered by 3ciety.com