[UNTUK PENERBITAN SEGERA]
Media Kit: https://bit.ly/AnugerahHijau2020-MediaKit
Kuala Lumpur, 21hb Julai – EcoKnights, organisasi alam sekitar bukan kerajaan telah melancarkan Anugerah Hijau 2020 bersempena Hari Alam Sekitar 2020 di mana tahun ini bertemakan “Masa untuk Alam Sekitar”. Anugerah Hijau merupakan sebuah pertandingan tahunan antara sekolah-sekolah dengan kolaborasi River of Life, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Klang Learning Engagement and Action for River (KLEAR) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis perasmian itu telah berlangsung di Technology Park Malaysia (TPM), yang dirasmikan oleh Tuan Haji Md. Khairi Bin Selamat, Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Majlis itu turut dihadiri oleh tetamu kehormat lain iaitu Pengarah Program EcoKnights, Fadly Bakhtiar, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur, Encik Azlan bin Haji Ahmad serta beberapa orang guru yang mewakili sekolah-sekolah yang telah mendaftar untuk pertandingan tersebut.
“Setiap seorang daripada masyarakat hendaklah bertanggungjawab dalam menjaga sungai-sungai kita. Sungai merupakan salah satu elemen yang berkepentingan dalam kitaran alam kerana sungai merupakan nadi kehidupan”, kata Tuan Haji Md. Khairi Bin Selamat dalam ucapan pembukaannya.
Perspektif ini selari dengan tujuan utama pertandingan yang dianjurkan iaitu untuk menarik minat dan memberi inspirasi kepada komuniti, khususnya kepada para pelajar, guru, pihak pengurusan sekolah dan badan kerajaan tentang kepentingan sungai di sekeliling kita. Tanpa rasa prihatin dan peka terhadap sungai, kita tidak dapat mencapai tahap kesedaran pada peringkat yang meluas serta ketiadaan jalan penyelesaian yang menjurus kepada masalah sekitar Sungai Klang.
Sebagai salah satu inisiatif di bawah River of Life, antara matlamat Anugerah Hijau termasuklah untuk meningkatkan kesedaran dan mencetuskan minat untuk para pelajar sekolah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pemuliharaan sungai. Tema pada tahun ini ialah ‘Generasi Kreatif untuk Sungai Klang’ yang terdiri daripada dua kategori utama; (1) sekolah rendah dan (2) sekolah menengah, di mana para pelajar sekolah rendah hendaklah menghantar hasil seni 3D manakala pelajar sekolah menengah dikehendaki menghantar sajak.
Untuk kategori sekolah rendah, terdapat dua kategori utama iaitu “Little Lion Eco Champ” dan “Big Bear Eco Champ” manakala kategori untuk sekolah menengah pula ialah “Young Minds” dan “Eco Friends”. Para peserta berpeluang memenangi hadiah berjumlah sehingga RM7,400.00 untuk kategori sekolah rendah dan RM11,200 untuk kategori sekolah menengah.
“Ianya merupakan harapan kami semoga Anugerah Hijau 2020 sekali lagi maju jaya untuk tahun ini, dan selanjutnya, dapat mencetus kesedaran di kalangan masyarakat setempat mengenai kepentingan sungai kerana tanpa alam sekitar tiadanya kehidupan,” tambah Fadly Bakhtiar dalam ucapan alu-aluannya.
Tarikh tutup penyertaan Anugerah Hijau telah dilanjutkan ke 24hb Julai 2020 (Jumaat). Untuk mendaftar atau sebarang pertanyaan boleh dibuat di laman web rasmi, anugerahhijau.my atau boleh berhubung terus dengan Cik Eunice melalui email eunice@ecoknights.org.my atau hubungi talian di 03-7731 8361.
– End –
MENGENAI ECOKNIGHTS®
EcoKnights® merupakan sebuah organisasi alam sekitar bukan kerajaan yang menyedia dan menyampaikan perkembangan dan campur tangan dalam hal ehwal berkaitan alam sekitar untuk komuniti, agensi kerajaan, insititusi pengajian, dan syarikat untuk mengumpulkan dan mendorong pihak berkepentingan ke arah kelestarian dalam pelbagai bidang untuk membina perhubungan dalam mencapai komuniti lestari dan syarikat melalui lima cabang utama.
Cabang-cabang tersebut ialah Public Outreach, Community Development & Education (CDE), Rehabilitation, Restoration and Conservation (RRC) serta Youth Development & Volunteerism (YDV), disokong oleh Sustainability Communications. Setiap cabang membantu untuk menguatkan lagi legasi EcoKnights dan mengukuhkan Knights untuk memberikan idea, mencipta, menjalankan dan menganjurkan projek yang bermakna untuk kelestarian jangka masa panjang dan memberikan kesan ekonomi kepada negara. Maklumat lanjut bloleh didapati di laman web ecoknights.org.my.
___________________________________________________________________________
Untuk pertanyaan berkaitan media, sila hubungi :
Fara Amina Othman, Digital Content Officer of EcoKnights,
fara@ecoknights.org.my / 011 – 23210492
Share this content
Chat on WhatsApp or send us an email to info@EcoKnights.org.my
Powered by WhatsApp Chat