Mengenai Kempen 'Cool Lah - Tambahlah Bintang!
Jimat Tenaga, Jimat Belanja, Tambahlah Bintang!
- Kempen ‘Cool Lah – Tambahlah Bintang!’ adalah sebuah kempen kolaborasi di antara EcoKnights dan United for Efficiency (U4E) di bawah United Nations Environment Programme (UNEP).
- Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang penyaman udara yang cekap tenaga serta piawaian MEPS (Piawaian Minimum Prestasi Tenaga) baharu bagi penyaman udara yang lebih baik untuk alam sekitar.
Apakah Piawaian Kecekapan Baharu Ini?
Mulai tahun 2026, Malaysia akan menggunakan ukuran baharu bagi menilai kecekapan tenaga penyaman udara — iaitu Cooling Seasonal Performance Factor (CSPF), menggantikan ukuran lama Energy Efficiency Ratio (EER).
Bagaimana ia Menjimatkan Tenaga ?
- Dengan CSPF, hanya penyaman udara yang mencapai tahap kecekapan minimum 2 bintang boleh dijual di pasaran.
- Model baharu akan menggunakan sehingga 15–25% kurang tenaga berbanding model lama di bawah piawaian EER.
- Ini bermakna, penyaman udara 2-bintang baharu lebih cekap daripada model 3-bintang lama.
40
%
daripada bil elektrik tahunan rumah di Malaysia adalah dari penggunaan alat penyejuk (penyaman udara + kipas) di rumah.
0
tahun tempoh pulangan pelaburan jika menggunakan model penyaman udarayang lebih cekap (CSPF ~6.09) .
April 24, 2025