- Kempen ‘Cool Lah – Tambahlah Bintang!’ adalah sebuah kempen kolaborasi di antara EcoKnights dan United for Efficiency (U4E) di bawah United Nations Environment Programme (UNEP).
- Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang penyaman udara yang cekap tenaga serta piawaian MEPS (Piawaian Minimum Prestasi Tenaga) baharu bagi penyaman udara yang lebih baik untuk alam sekitar.
Apakah Piawaian Kecekapan Baharu Ini?
Mulai tahun 2026, Malaysia akan menggunakan ukuran baharu bagi menilai kecekapan tenaga penyaman udara — iaitu Cooling Seasonal Performance Factor (CSPF), menggantikan ukuran lama Energy Efficiency Ratio (EER).
Bagaimana ia Menjimatkan Tenaga ?
- Dengan CSPF, hanya penyaman udara yang mencapai tahap kecekapan minimum 2 bintang boleh dijual di pasaran.
- Model baharu akan menggunakan sehingga 15–25% kurang tenaga berbanding model lama di bawah piawaian EER.
- Ini bermakna, penyaman udara 2-bintang baharu lebih cekap daripada model 3-bintang lama.
Cabaran Cool-Lah merupakan pertandingan secara dalam talian di bawah Kempen “Cool-Lah: Tambahlah Bintang!”, anjuran MELP dan EcoKnights dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Pertandingan ini disokong oleh United Nation Environmental Programme (UNEP) dan United for Efficiency (U4E).
Pertandingan ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang penggunaan penyaman udara yang cekap tenaga dalam kalangan murid sekolah menengah.
- Tema pertandingan: ‘Penggunaan Penyaman Udara Cekap Tenaga
- Tempoh pertandingan: 22 Disember 2025 – 28 Februari 2026
Kategori Pertandingan:
- Penulisan Esei (250-500 patah perkataan)
- Video (kurang daripada 5 minit)
lagi ke tarikh tutup pertandingan !
Mitos Vs Fakta
Mitos:
“Buka-tutup penyaman udara selalu jimat elektrik.”
Fakta:
Perbuatan menutup dan menghidupkan penyaman udara dengan kerap sebenarnya menggunakan lebih banyak tenaga berbanding meninggalkannya pada suhu sedikit lebih tinggi.
Dengan Kerjasama:
United Nation Environment Programme (UNEP) United For Efficiency (U4E) Malaysia Energy Literacy Program (MELP)